Notis Privasi
Tarikh Berkuat Kuasa: 22 November 2024
Terakhir Disemak: 22 November 2024
- APAKAH NOTIS INI? Sila baca notis privasi ini ("Notis Privasi") dengan teliti untuk memahami dasar dan amalan ASTRO berhubung Data Peribadi pelanggannya serta bagaimana ASTRO akan mengendalikannya. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta") diperkenalkan untuk mengawal pemprosesan Data Peribadi dalam urusan komersial. Akta tersebut, yang terpakai kepada semua syarikat dan firma yang ditubuhkan di Malaysia, menghendaki Kami memaklumkan hak-hak anda berhubung Data Peribadi anda.
- APAKAH ITU DATA PERIBADI? "Data Peribadi" merujuk kepada maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda sama ada secara bersendirian atau bersama-sama dengan data lain yang Kami kumpulkan atau miliki.
- SIAPAKAH KAMI? Sebarang rujukan dalam Notis Privasi ini kepada "ASTRO", "Kami" atau "Kita" bermaksud Astro Malaysia Holdings Berhad (932533-V) dan, mengikut kesesuaian, mana-mana anak syarikat serta syarikat berkaitannya sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016.
- APAKAH DATA PERIBADI YANG MUNGKIN KAMI KUMPUL DARIPADA ANDA? Data Peribadi yang mungkin dikumpulkan oleh ASTRO bergantung kepada cara anda berinteraksi dan berurusan dengan ASTRO. Antara data yang mungkin dikumpulkan adalah:
- Nama, tarikh lahir, dokumen pengenalan diri (termasuk nombor MyKad atau pasport), jantina, kewarganegaraan, bangsa, bahasa pilihan, alamat kediaman dan/atau perniagaan semasa, alamat pemasangan, nombor telefon atau telefon bimbit, alamat e-mel serta maklumat keselamatan akaun.
- Maklumat kad kredit dan/atau kad debit, maklumat akaun bank serta sejarah pembayaran anda.
- Status produk dan/atau perkhidmatan yang telah anda peroleh atau langgani daripada kami.
- Cara anda menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami.
- Peralatan (seperti dekoder dan sistem komputer) dan/atau perisian yang anda gunakan semasa mengakses produk dan/atau perkhidmatan kami atau rakan niaga pilihan serta rakan strategik kami.
- Minat dan keutamaan peribadi anda bagi membolehkan kami menawarkan produk dan/atau perkhidmatan yang paling sesuai untuk anda.
- Data klik aliran (clickstream) apabila anda melawat aplikasi, platform media sosial atau laman web ASTRO.
- Rakaman panggilan yang anda buat ke pusat khidmat pelanggan kami bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan.
- Maklumat lain yang diperlukan untuk tujuan perniagaan sah ASTRO atau sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
- APAKAH SUMBER DATA PERIBADI ANDA?
- Kami mungkin memperoleh Data Peribadi anda secara langsung apabila anda:
- Berkomunikasi dengan kami termasuk mengemukakan permohonan menjadi pelanggan atau membuat pertanyaan.
- Melanggan produk dan/atau perkhidmatan ASTRO tertentu.
- Menggunakan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan ASTRO.
- Menyertai pertandingan, peraduan atau program kesetiaan yang dianjurkan oleh atau bagi pihak ASTRO.
- Memohon maklumat atau menyatakan minat terhadap produk dan/atau perkhidmatan ASTRO.
- Memberi maklum balas terhadap bahan pemasaran atau promosi ASTRO.
- Mengunjungi pejabat, premis atau pusat jualan ASTRO.
- Melawat, melayari, menyiarkan atau memasukkan maklumat ke dalam aplikasi, platform media sosial dan/atau laman web ASTRO.
- Mengemukakan aduan kepada ASTRO.
- Memberikan maklum balas kepada ASTRO.
- Selain daripada anda sendiri, kami juga boleh memperoleh Data Peribadi anda daripada pihak ketiga yang mempunyai urusan dengan kami atau berkaitan dengan anda, termasuk agensi rujukan kredit, agensi pelaporan kredit, institusi kewangan atau sumber lain yang sah.
- Kami mengumpul maklumat tentang penggunaan laman web kami melalui kuki (cookies). Kuki ialah paket maklumat yang disimpan dalam komputer atau peranti anda untuk membantu navigasi laman web serta menyesuaikan kandungan mengikut keperluan anda. Anda tidak diwajibkan menerima kuki. Namun, penolakan kuki mungkin menjejaskan pengalaman penggunaan laman web kami.
- Notis Privasi ini hanya terpakai kepada laman web ASTRO dan tidak terpakai kepada mana-mana laman web pihak ketiga yang boleh diakses melalui laman web kami. Sila semak dasar privasi laman web pihak ketiga tersebut sebelum menggunakannya.
- Kami mungkin memperoleh Data Peribadi anda secara langsung apabila anda:
BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI ANDA? Kami boleh menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan berikut ("Tujuan"):
- Menilai dan memproses permohonan produk dan/atau perkhidmatan ASTRO.
- Mengesahkan identiti dan latar belakang anda.
- Menilai permohonan pendaftaran anda bagi penggunaan aplikasi, platform media sosial dan laman web ASTRO.
- Menilai permohonan langganan produk dan/atau perkhidmatan ASTRO.
- Berkomunikasi dengan anda.
- Menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda.
- Memproses transaksi pembayaran anda.
- Menjawab pertanyaan anda.
- Mengurus penyertaan anda dalam pertandingan.
- Menjalankan aktiviti dalaman syarikat.
- Menjalankan siasatan dalaman, audit, pematuhan dan tujuan keselamatan.
- Menjalankan kaji selidik pasaran dan analisis trend.
- Menyediakan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan ASTRO.
- Menyediakan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan rakan niaga pilihan serta rakan strategik kami.
- Menjalankan aktiviti perniagaan sah ASTRO yang lain.
- Tujuan lain yang dinyatakan dalam syarat penggunaan laman web ASTRO.
- Tujuan lain yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Umum ASTRO atau Terma dan Syarat Kempen ASTRO yang berkaitan.
Dengan memberikan Data Peribadi anda, anda dianggap telah bersetuju dengan pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi tersebut oleh ASTRO untuk Tujuan-Tujuan yang dinyatakan.
- DENGAN SIAPAKAH KAMI BERKONGSI DATA PERIBADI ANDA?
- Kami boleh mendedahkan Data Peribadi anda kepada syarikat, organisasi dan/atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi tujuan menyediakan perkhidmatan, memproses pembayaran, menjalankan semakan penipuan dan kredit, mengutip hutang, melindungi hak kami, menjalankan analisis, kaji selidik serta melaksanakan mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.
- Kami juga boleh mendedahkan Data Peribadi anda kepada badan kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa berkaitan bagi memenuhi kewajipan undang-undang dan peraturan.
- Jika perlu bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan, Data Peribadi anda boleh dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia atau didedahkan kepada pemegang lesen, rakan niaga dan penyedia perkhidmatan ASTRO sama ada di dalam atau luar Malaysia.
APAKAH LANGKAH YANG KAMI AMBIL UNTUK MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA? Kami mengambil langkah-langkah berikut:
- Memastikan Data Peribadi anda disimpan mengikut kehendak Akta.
- Memastikan kakitangan ASTRO tidak menyalahgunakan Data Peribadi anda.
- Memastikan pembekal dan penyedia perkhidmatan yang dilantik mematuhi terma kontrak mereka dengan ASTRO semasa memproses Data Peribadi anda.
Walau bagaimanapun, anda juga bertanggungjawab memastikan kata laluan anda selamat dan tidak didedahkan kepada pihak lain.
- BERAPA LAMA KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT ANDA? Kami akan menyimpan Data Peribadi anda dalam rekod perniagaan kami selagi anda merupakan pelanggan, pelanggan berdaftar, pengguna produk atau perkhidmatan kami atau pengguna laman web ASTRO. Kami juga boleh terus menyimpan Data Peribadi anda selepas hubungan tersebut tamat jika data tersebut masih diperlukan bagi Tujuan yang dinyatakan.
- APAKAH KOMITMEN ANDA BERKAITAN DATA PERIBADI ANDA?
- Anda bertanggungjawab memberikan maklumat yang tepat dan lengkap mengenai diri anda dan mana-mana individu lain yang Data Peribadinya diserahkan kepada kami.
- Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda hendaklah memastikan ibu bapa atau penjaga sah anda memberikan persetujuan bagi pemprosesan Data Peribadi anda.
- Anda menjamin bahawa kebenaran daripada pihak ketiga (termasuk ahli keluarga, benefisiari dan kontak kecemasan) telah diperoleh sebelum Data Peribadi mereka diberikan kepada ASTRO.
- APAKAH HAK ANDA BERKAITAN DATA PERIBADI ANDA?
- Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi ASTRO untuk membuat pertanyaan, aduan atau permintaan bagi mengakses, menarik balik persetujuan, mengehadkan pemprosesan atau membetulkan Data Peribadi anda.
- Bagi tujuan pemasaran langsung, anda boleh meminta secara bertulis supaya kami tidak memproses Data Peribadi anda untuk tujuan pengiklanan atau pemasaran melalui telefon, pos, e-mel, SMS atau sebarang saluran komunikasi lain.
- Kami berhak menolak permintaan akses atau pembetulan data dalam keadaan tertentu, termasuk jika identiti anda tidak dapat disahkan atau maklumat yang diminta adalah sulit. Kami juga berhak mengenakan bayaran yang dibenarkan oleh undang-undang bagi permintaan akses data.
- KEMAS KINI NOTIS PRIVASI INI Notis Privasi ini boleh dipinda oleh kami dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan akan diterbitkan di laman web ASTRO atau melalui kaedah lain yang difikirkan sesuai oleh ASTRO. Penggunaan berterusan produk dan/atau perkhidmatan ASTRO oleh anda akan dianggap sebagai persetujuan terhadap pindaan tersebut.
- MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduan berkaitan Notis Privasi ini atau ingin mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, sila hubungi kami:
Melalui Pos:
Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Kumpulan Astro Malaysia
Peti Surat 10148
50710 Kuala Lumpur
E-mel: astro.com.my">[email protected]
Telefon: 03-9543 3838